Jumaat, 24 Oktober 2008

MEMILIH FABRIK TUDUNG

Pilihan fabrik yang sesuai amatlah penting dalam menentukan kedudukan tudung terletak cantik dan kemas di atas kepala pemakai. Jika anda salah memilih fabrik/kain tudung ianya akan membuatkan kepala kelihatan besar dan tidak seimbang dengan badan. Memburukkan keadaan lagi jika warna dan corak yang dipilih itu keterlaluan atau kata lain ’sedikit terover’. Kesemua ini akan menjejaskan keseluruhan kombinasi pakaian dan tudung pemakai.

Oleh itu, kita boleh ibaratkan pemilihan tudung adalah sama pentingnya dengan pemilihan pakaian. Kita harus mengambil kira faktor-faktor seperti saiz, warna, corak dan juga gaya ikatan. Bercakap tentang fabrik tudung pula, kita perlu memilih fabrik dari jenis yang melekap pada rambut. Ia juga bergantung pada aktiviti yang hendak anda lakukan. Contohnya seperti bersukan, menghadiri majlis formal atau tidak formal, ke office atau sekadar berjalan-jalan (eg: window shopping). Ini adalah kerana tempat di mana anda akan berada atau majlis yang akan anda hadiri memerlukan pemilihan fabrik yang berbeza.

Pilihan fabrik yang sesuai adalah dari jenis cotton voile, kasa campuran, viscose, sutera, sifon atau georgette. Dalam negara yang panas (Malaysia), kain kasa atau lebih dikenali sebagai kain bawal merupakan fabrik pilihan yang paling tepat. Fabrik jenis ini membolehkan:

1. Pengaliran udara keluar masuk ke kepala

2. Menyerap peluh

3. Selesa dipakai

4. Baik untuk kesihatan rambut

Selain itu, fabrik yang berunsurkan kasa/bawal mudah melekap pada rambut dan tidak perlu memakai anak tudung di dalamnya kecuali jika fabriknya agak jarang. Fabrik jenis Polyester dan sifon pula perlukan pemakaian anak tudung di bahagian dalamnya untuk mengelakkan tudung daripada meleret kerana faktor kelicinan dan jarang.

SUMBER : http://blog.tudung-bawal.com

Tiada ulasan: