Rabu, 21 Januari 2009

SELUAR DALAM LELAKI



The Under Shop kedai sehenti seluar dalam lelaki


SERING kali persalinan dalam tubuh jejaka diabaikan. Mungkin kedudukan celana di bahagian terlindung, soal gaya tidak pernah timbul. Padahal, jika diteliti, soal penggayaan di bahagian dalam juga tidak kurang pentingnya.

Begitulah nasib fesyen seluar dalam atau dipanggil celana. Biarpun sesetengah jejaka kurang mengambil peduli mengenai fungsi seluar dalam, realitinya pemakaian seluar dalam memberi kesan penting terhadap empunya diri.

Tidak kiralah jenis rekaan seluar dalam mahupun boxer, seluar dalam memberikan makna cukup penting dalam menentukan cita rasa dan keperibadian pemakai. Terasa cukup malu andai si pemakai hanya menitikberat penampilan di luar, walhal mengabaikan ciri kebersihan dan cita rasa di bahagian dalam.

Bagi jejaka yang tercari-cari alternatif dalam memilih celana, apa kata singgah ke butik The Under Shop. Bukan sebarangan butik, The Under Shop menjual pelbagai jenama seluar dalam terkini dari dalam dan luar negara.

Sebagai butik sehenti yang menjual pelbagai koleksi seluar dalam, The Under Shop memberi alternatif terbaik buat jejaka yang tercari-cari rekaan terkini seluar dalam, selain mendapatkan info pemilihan fabrik, buatan serta rekaan terbaik.




XY Stailo minggu ini menampilkan lokasi The Under Shop di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya. Istimewa di buktik ini, pelanggan berpeluang mendapatkan maklumat mengenai seluar dalam pilihan dari pelbagai jenama mengikut cita rasa.

Antara jenama seluar dalam terkenal yang dijual ialah Renoma, RAW, Skinwear, Diesel, BUM Equitment, Alain Delon, DKNY dan 2(X)ist.

Selain sebagai alternatif untuk jenama seluar dalam, pelanggan juga berpeluang meneliti setiap seluar dalam di ruang pameran khas untuk merasai sendiri jenis fabrik buatan seluar dalam. Selain fabrik kain kapas, ada juga seluar dalam daripada jenis micro fibre dan khusus untuk aktiviti sukan.

Antara seluar dalam yang paling mendapat tumpuan ialah dari jenis kain kapas berpotongan klasik untuk keselesaan jejaka sepanjang hari. Faktor cuaca panas dan lembap di Malaysia antara lain menjadi faktor mengapa fabrik kain kapas menjadi tumpuan.

Bagi yang ingin lari daripada kebiasaan, jenama RAW buatan tempatan harus diberi perhatian. Bukan saja kualiti kain dan buatannya yang selesa, motif rekaan juga menarik perhatian. Selain warna-warni, seluar dalam RAW juga menyerlahkan aura pemakai.

Selain seluar dalam berpotongan klasik, gaya seluar dalam berpotongan pendek dan boxer juga mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

Bagaimana pula dengan harga? Ada pelbagai tawaran harga menarik yang disediakan. Malah pek ekonomi tiga seluar dalam pada satu harga selain harga promosi untuk pelbagai rekaan seluar dalam. Pada harga bermula RM10, anda bebas memilih yang mana satu!

Bukan saja untuk kegunaan sendiri, wanita juga boleh membeli celana untuk dihadiahkan kepada suami mahupun teman lelaki. Jangan ragu-ragu lagi, pasti imej ranggi dan bergaya anda seiring dengan celana yang dipakai!

LOKASI: The Under Shop
LG 313A,
Pusat beli belah One Utama,
Petaling Jaya,
Selangor.


Info pemilihan celana

# Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung.

# Pilih saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam lusuh dengan baru kerana getah pinggang mungkin sudah hilang keanjalan.

# Pilih seluar berpotongan penuh atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberi keselesaan sama seperti seluar dalam biasa, malah mampu mengelak kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.

# Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberi kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh.

# Seluar dalam tidak harus dibiarkan lusuh kerana ia menjejaskan personaliti pemakai. Panduan asas waktu terbaik menggantikan seluar dalam ialah dengan memeriksa getah dan lipatan seluar dalam sama ada longgar, terlondeh atau tidak selesa berbanding dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam baru.

# Cara terbaik menjaga seluar dalam adalah dengan mengasingkan pencucian dengan pakaian lain. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

# Untuk memeriksa saiz terbaik untuk seluar dalam adalah dengan mengukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).

Tiada ulasan: